Sejarah Penubuhan Pusat Penyenggaraan Alat (PPA)   

    

       Penubuhan Pusat Penyenggaraan Alat (PPA) pada asalnya adalah sebagai memenuhi kehendak syarat Bank Pembangunan Asia (ADB) supaya Pihak Jabatan Pendidikan Teknikal mewujudkan satu unit ‘Back-Up Service’  kepada Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional. Konsep penubuhannya adalah sama dengan konsep Pusat Stor Lembah Pantai, ditubuhkan pada tahun 1970 yang berfungsi memberi perkhidmatan menyenggara, membaikpulih dan membekal alat-alat ganti mesin yang dibekalkan di bawah Colombo Plan di 48 buah SMT / SMV di Semenanjung Malaysia. 

        Bermula dengan pembukaan PPA Kemaman pada tahun 1986 dan diikuti dengan pembukaan PPA Sungai Buloh pada tahun 1989, PPA Sungai Petani pula telah dibuka pada tahun 1993 serentak dengan pembukaan PPA Batu Pahat. Pusat Penyenggaraan Alat Batu Pahat telah mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1993 di Parit Raja, Batu Pahat, Johor sehingga sekarang.

 

Ringkasan ;

  • PPA Batu Pahat di tubuhkan pada tahun 1993 dibawah pinjaman ADB 3.
  • Pada ketika itu pegawai PPA dipinjam dari SMT / SMV berhampiran.
  • Mulai tahun 2000, Jawatan Pegawai-Pegawai PPABP telah diluluskan.
  • Kini Pegawai dan kakitangan PPA Batu Pahat berjumlah 8 orang.

 

 

Lokasi Pusat Penyenggaraan Alat Zon Selatan.

Pusat Penyenggaraan Alat Zon Selatan (Batu Pahat) seluas 4 ekar terletak 2 Km dari Pekan Parit Raja (bersebelahan dengan UTHM) dan 24 Km menuju ke bandar Batu Pahat.